My Ssec Capstone Project Pengenalan Tamadun berasal daripada perkataan arab iaitu Madana mudun

Pengenalan Tamadun berasal daripada perkataan arab iaitu Madana mudun

Pengenalan
Tamadun berasal daripada perkataan arab iaitu Madana mudun, dan madain. Perkataan tersebut bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut sebagai civilization. Perkataan civilization berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas. Perkataan civitas bermaksud bandar. Terdapat empat tamadun awal iaitu Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun Indus dan Tamadun Hwang Ho.
Penghargaan
Bersyukur kami ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyempurnakan tugasan Tamadun Asia yang bertajuk Tamadun Indus.
Dalam ruangan ini, kami mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak yang telah membantu kami dalam menghasilkan kajian dan membuat rakaman klip video ini.Terlebih dahulu, kami hendak berterima kasih kepada pensyarah TITAS kami, Cik Rabikha Hasni Binti Suparman yang telah memberi maklumat serta menghuraikan tentang tajuk yang dikaji. Beliau telah meruangkan masanya untuk menunjuk ajar, membimbing serta memberi penerangan dan penjelasan maklumat yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehingga dalam proses menyiapkan tugasan ini.Selain itu,kami mengucapkan terima kasih kepada Cik kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan TITAS ini sehingga Berjaya menyiapkan tugasan ini.
Di samping itu,tidak lupa juga kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan moral serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini.Tanpa sokongan moral dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain.Malah,jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini.Rakan-rakan kami yang berkongsi maklumat-maklumat berguna dan bertukar-tukar idea dalam menyiapkan kerja kursus ini.Tambahan pula,Kami telah bekerjasama untuk melengkapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan. Oleh sebab sumbangan dan tenaga kerja semua ahli kami dapat menyelesaikannya sebelum tarikh akhirnya.
Akhir sekali, kita amat berterima kasih kepada Wawasan Open Universiti kerana memberi kami kerja kursus ini sebagai peluang untuk memahami mata pelajaran TITAS ini dengan lebih mendalam dan menambahkan ilmu pengetahuan.Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam tempoh menyiapkan tugasan ini.
Objektif Kajian
Terdapat tiga objektif kajain sepanjang kerja krusus ini iaitu, menyatakan latar belakang belakang Tamadun Indus, selain itu ,mengenalpasti ciri-ciri Tamadun Indus dari segi Edward El- Farmer dan juga menyatakan sumbangan Tamadun Indus. Sepanjang kerja krusus ini kami dapat menyemai nilai-nilai patriotisme seperti kerjasama, saling Bantu membantu, bangga terhadap kaum dan bangsa sendiri serta berdisiplin bersama-sama kawan-kawan saya iaitu Sadia ,Leon,Zoey,Mei Yan dan Thuven.

Latar Belakang Tamadun Indus
Lokasi Tamadun
Tamadun Indus merupakan tamadun terawal di India.Ia terletak di Lembah Indus yang terdiri daripada Sungai Indus yang mengalir dari pergunungan Himalaya hingga ke Laut Arab. Sungai Indus ini dikelilingi oleh Banjaran Makran, Pergunungan Balichistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur, serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara.
Kerangka Masa
Tamadun Indus ini muncul pada sekitar tahun 2500-1800S.M. Ini merupakan satu era kecemerlangan. Pada masa tersebut Tamadun Indus telah merangkumi 60 buah kota.
Proses Pembentukkan
Di bahagian barat laut india, wujud penduduk nomad.Masyarakat tersebut hidup secara menyara diri dengan cara memburu dan mengumpul makanan.Mereka telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus. Petempatan kekal wujud sebab Sungai Indus menyediakan sumber air dan penyuburan tanah. Penghasilan pertanian telah membawa kepada pertambahan penduduk di Sungai Indus.Terdapat dua bandar utama di India iaitu Mohenjo-Daro & Harappa. Selain itu, bandar pelabuhan pula ialah Lothal dan Sutkagen. Selepas keruntuhan Tamadun Indus, orang Aryan telah mengenali tahap baru iaitu dikenali sebagai Zaman Vedik. Nama Vedik adalah diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda.Zaman ini lahirnya agama Hindu. Pada abad ke-7 S.M. masyarakat telah beralih ke Lembah Ganges. Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu Janapada (Kerajaan Kecil) dan Mahajanapada (Kerajaan Besar). Masa pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India.
Faktor Kejayaan Tamadun Indus
Masyarakat Indus telah berupaya untuk membina binaan yang sangat baik. Sistem perancangan bandar yang baik mengutamakan kebersihan bandar dan ritual keagamaan. Di bandar Rakhigarhi, terdapat sistem sanitasi yang pertama termuncul di dunia. Penduduk di bandar-bandar mendapat air daripada perigi. Selain itu, mereka mempunyai sistem kumbahan yang terancang. Bahan kumbahan akan disalirkan dari sebuah bilik ke longkang bertutup yang menghubungkan seluruh bandar. Terdapat beberapa amalan yang baik daripada masyarakat indus antaranya ialah Sifat keterbukaan masyarakat Indus telah memberi kejayaan kepada mereka.Di samping itu,mereka juga melakukan teknologi pembakaran batu bata. Akhirnya mereka juga mempunyai ilmu pengetahuan tentang geometri. Ini disebabkan mereka untuk menjadi mahir dalam pembinaan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Gambar1&2: Bandar Mohenjo-Daro & Harappa

Gambar 3 : Sistem Kumbahan
Faktor Kejatuhan Tamadun Indus
Selepas era kecemerlangan antara tahun 2500-1800S.M. Tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Keadaan ini berlaku adalah dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa tahap baru kepada masyarakat yang tinggal menetap di Sungai Indus. Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Selain itu, bencana alam seperti kemarau yang melampau dan banjir besar yang mengakibatkan aktiviti pertanian terganggu.Faktor seterusnya, ialah Iklim di Lembah Indus menjadi semakin sejuk dan kering.Ini disebabkan oleh perpindahan penduduk ke kawasan lain akibat bencana banjir yang kerap berlaku kerana Sungai Sarasvati yang merupakan nadi kemajuan lembah ini telah kering.
Ciri ciri tamadun Indus Edward El Farmer
Penempatan kekal
Tamadun Indus memperlihatkan beberapa ciri yang istimewa. Antaranya ialah petempatan kekal yang wujud tebing sungai.Ini merupakan faktor utama dalam kemunculan dan perkembangan sesebuah tamadun. Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.Ini telah membawa hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun lain contohnya dengan tamadun Mesopotamia. Wujudnya, pembentukan bandar terancang di sepanjang lembah Indus. Bandar-bandar dalam tamadun ini disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain. Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.
Perbandaran
Tamadun Indus merupakan tamadun yang terancang dengan pembinaannya. Antaranya ialah Mohenjo-Daro dan Harappa diperbuat daripada batu bata.Bandar-bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok. Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran dan tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan menyimpan hasil pertanian. Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan. Perancangan bandar dibantu oleh ilmu geomatri dan pembinaan tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir. Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain. Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang .Selain jalan raya, bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.
Organisasi Sosial
Tidak meninggalkan maklumat yang jelas untuk organisasi sosialnya. Jumpaan arkeologi telah membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan bawahan. Golongan atasan terdiri daripada golongan pendeta .Mereka mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal masyarakat dan agama. Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh. Petani menjalinkan aktiviti pertanian dan memberikan separuh hasil tersebut kepada pihak berkuasa. Buruh pula menjalankan kerja pemburuhan seperti membina tembok di benteng dan menjaga kebersihan bandar.

Gambar 4: Susun Lapisan Masyarakat Indus

Agama dan kepercayaan
Masyarakat tamadun ini dikenal pasti telah menpunyai satu amalan agama. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan. Antara yang paling penting termasuklah penemuan patung Proto-Siva. Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Himdu kemudiannya. Selain itu, Masyarakat tamadun indus juga percaya kepada tuhan ibu iaitu Dewi Alam. Perkara ini dipercayai diwarisi daripada kebudayaan lebih awal kerana kepercayaan kepada tuhan ini juga turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamian, Syria, Palestine dan Asia Kecil.
Sistem Tulisan
Masyarakat Indus juga mempunyai satu sistem tulisan yang berbentuk piktograf. Terdapat hampir 400 simbol keseluruhannya. Arah tulisannya bermula dari kiri dan menuju ke arah kanan.
Walau bagaimanapun, sehingga hari ini sistem tulisan tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan belum dapat ditafsirkan.

Gambar 5: Tulisan pada mohor yang dijumpai di tapak arkeologi tamadun Indus
? Sumbangan Tamadun Indus
Sumbangan utama tamadun ini ialah sifat keterbukaan .Sifat keterbukaan ini dapat membuat hubungan baik dengan tamadun lain merupakan salah satu aspek yang sangat penting. Tamadun Indus telah menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak mampu mencapai kejayaan tanpa membuat hubungan dengan tamadun luar. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia dan tamadun mesir telah membolehkan kedua-dua pihak mendapat manfaat.
? Perancangan Bandar
Selain itu, tamadun ini sangat dikenali kerana perancangan bandarnya iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa. Kemanpuan masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang deometri dan pembinaan. Pemahaman deometri hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamis dan Mesir Purba telah membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikiti oleh jalan raya yang lurus.
? Falsafah
Adalah falsafah yang terawal berkembang dan direkodkan di dunia. Wujud dalam dua bentuk pemikiran besar. Salah satunya kumpulan yang bersumberkan kitab veda dan kumpulan yang tolak kitab veda. Kitab veda terdiri daripada Rig Veda,Yajur Veda,Sama Veda dan Atharva. Falsafah bukan aliran veda bersumberkan ajaran daripada Cavaka, Jainisme dan Buddhisme.

? Sains & Teknologi
Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri.Ini telah mendorong memperkenalkan sistem nombor (angka Brahmin dan angka Kharosti) yang mencecah ke angka perpuluhan. Pengetahuan dalam bidang astronomi pula dapta dipetik daripada Rig Veda. Mereka tidak bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat tetapi batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.

Gambar 6: Lakaran menggunakan tanah liat
KESIMPULAN
Secara kesimpulan, setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Kesimpulannya, pada zaman pemodenan kini, Tamadun Indus telah menjadi teladan kepada masyarakat dari segi pelbagai aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan sesebuah tamadun yang mempunyai kedamaian dan keamanan negara. Tamadun ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.Akhir sekali, kemunculan dan kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai sebab yang tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai generasi sekarang untuk mengambil pengajaran dari pengalaman dahulu bagi menjaga ketamadunan nagara dan agama kita.

x

Hi!
I'm Ava

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out